DRAMA-DRAMA dari seberang yang terkenal menerusi slot Sinetron di panggung TV3 menyajikan satu lagi cereka yang menyayat hati berjudul ’Jelita’ sempena cuti sekolah ini.
Drama bersiri sebanyak 57 episod ini akan menemui penonton mulai 15 Disember 2008, jam 3.30 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis.
Agnes Monica, bintang berbakat besar dari seberang memegang watak “Jelita” di samping Dearly bersama Gading Marten, Ketrin, Cut Syifa, Diva Nadia, Lia Kartika, Cindy Fatika Sari dan Umar Lubis adalah antara yang membarisi drama ini.
"Slot Sinetron mempunyai peminatnya yang tersendiri dan pernah berjaya mencapai rating sebanyak 3 juta penonton," ujar Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar.
Drama Jelita mengisahkan percaturan hidup gadis yang mempunyai pegangannya yang tersendiri sehingga hidupnya menjadi kacau dan cintanya juga kecundang gara-gara dendam yang menjadi azimat keluarga kekasihnya.
Sinopsis ringkas drama ini menceritakan tentang Jelita yang digambarkan sebagai gadis yang cantik, berani dan sering membantu rakan-rakannya tetapi mempunyai pegangan tersendiri iaitu membenci orang kaya kerana dianggap sombong dan mementingkan diri sendiri.
Pemikiran Jelita yang menganggap orang kaya sering menindas orang miskin dipengaruhi oleh ibu angkatnya, Rima ekoran rahsia yang perlu disemat di hati.
Sementara itu, Rima yang sudah kian uzur mula jatuh sakit. Dia menderita penyakit serius yang tidak boleh disembuhkan lagi. Dalam hatinya, Rima merasa terseksa, kerana masih menyimpan rahsia besar yang tidak diketahui oleh orang lain.
Saat penyakit Rima semakin parah, Rima akhirnya memutuskan untuk memberitahu suaminya, Rano tentang rahsia yang disimpannya selama ini.
Namun takdir akhirnya menemukan Jelita dengan Bayu yang datang dari keluarga kaya. Tanpa mengetahui latar belakang permusuhan keluarga mereka, kejadian demi kejadian berlaku di antara mereka dan tanpa disangka-sangka menyebabkan mereka saling jatuh cinta. Pelbagai rahsia akhirnya terbongkar.
|
---|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment